 |
|
Tuesday, May 22, 2007
ASSALAMUALAIKUM
SOALHATI TELAH BERPINDAH KE RUMAH BARU BERALAMAT
http://soalhati22.blogspot.com
jemputlah datang ke rumah baru ini. ajaklah seramai mungkin saudara mara, sahabat handai, pak cik mak cik, atok nenek, dan sesiapa jua yang ingin mengenali diri soalhati dan bersama-sama berpesan kepada kebenaran
Posted at 5/22/2007 1:08:33 am by soal_hati
Permalink
Wednesday, May 16, 2007
Semalam, saat aku tengah asyik buat homework arab, aku terhenti seketika.perbualan tu betul2 menarik perhatian telingaku.
A:Eh, kalau bapak aku tengok ni, mesti bising mulut dia!
B:Kenape plak?
A:Tengok anak dia pakai macam ni.Hari tu nak pergi rumah atok, bapak aku siap pesan lagi tudung tu elok2 sikit. Padahal rumah atok aku tu setengah jam je dari umah tu..
B:o..bapak kau macam tu eh..
A:a'a..dia tak tahu anak dia kat uia macam mana…
B:aku ok..free hair pun mak aku tak bising. Mak aku sporting.
A:Senanglah macam tu
B:A'a..kalau nak pergi mana2 pun tak de hal lah! Mak aku sempoi….Cuma nenek sebelah mak aku jelah yang bising skit...aaarrgghhh.. no hal lah!
hibanya hati ni...
Posted at 5/16/2007 5:47:45 pm by soal_hati
Permalink
Tuesday, May 08, 2007

mak..rindunya kat mak.. kalaulah terengganu tu dekat, tiap kali habis kelas, terus balik, nak jumpa mak.. mak..air mata ni terlalu mudah bergenang..menitis..tatkala berfikir tentang mak.. mengenang keadaan mak.. membayangkan susah payah yang mak hadapi kini.. aku cuba meletakkan diri ini dalam situasi mak, tapi manakan dapat ku rasa keperitannya.. hanya sedikit cuma. terlalu besar yang mak korbankan tak tertanggung andai aku adalah mak! tak terdaya untuk aku bekerja kuat seperti mak! dari pukul 3petang sehinggalah waktu subuh keesokan harinya mak tak henti-henti bekerja setiap hari begitu walaupun mak demam walaupun mak sakit kaki walaupun mak pitam pada mulanya.. mak tetap akan bekerja.. tatkala aku pulang sekali sekala aku niat untuk menemani mak sepanjang masa aku ingin berada disisi mak bersama-sama mencari rezeki menyara keluarga bersama-sama bersengkang mata bersama-sama bermandi peluh bersama-sama kongsi susah senang kehidupan tapi aku tak mampu aku hanya dapat bertahan sekejap cuma kudratku tak setanding mak walhal mak sudah 47tahun tapi aku... ya Allah.. aku sungguh kagum dengan mak dari manalah mak dapat kekuatan seperti itu.. tapi mak sering pesan padaku selagi mak masih hidup selagi mak masih mampu bekerja selagi mak sihat.. mak akan terus cari rezeki untuk menyara anak-anak mak tapi nanti kalau mak tiada... bagaimanalah kehidupan kamu semua...
Posted at 5/8/2007 4:06:28 pm by soal_hati
Permalink
Friday, May 04, 2007
1st ly saye nak tujukan ucapan terima kasih S.A.H.A.B.A.T kepada insan2 yang ku gelar sahabat terima kasih kerana menerima diri ini seadanya. menegur setiap ketika. menanyakan khabar. menasihati sepanjang masa. saya bangga dan bersyukur kerana Allah izinkan saya untuk mengenali insan2 seperti anda! ni saya ada copy dari emel yg saya dapat. Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab. Antaranya ialah
1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.
2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.
3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.
4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.
5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.
6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.
7. Jangan membuat muka belagak dan sombong,atau menghentak hentakkan kaki dan barang bila kita membuat ! kesalahan supaya kesalahan itu dapat menutup kesalahan kita.
8. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.
9. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya.Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpamemikir kesannya kepada sahabat kita.
10. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.
11. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah dihati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.
12. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau diamengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.
13. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya.Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t
14. Jagalah hati sahabat sebagaimana kita mahu, sahabat kita menjaga hati kita. Kalau kita pandai menjaga hati org lain,begitulah sebalik nya org lain akan lakukan kepada kita dan begitulah sebalik nya.
Cuba check diri kita, adakah hari ini kita merupakan sahabat yang baik untuk sahabat kita. Atau hari ini kita dapati sahabat kita makin menjauhkan diri dari kita?
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."
Posted at 5/4/2007 2:16:41 pm by soal_hati
Permalink
Monday, April 23, 2007
sem 3 telah bermula. alhamdulillah, aku rasakan ini satu permulaan yg baik.Allah dah permudahkan urusanku. hajat nak buat manual sebab add subjek arab dari sem lepas lagi x dapat2. ntah ape problemnya. ni pergi lab pun sebab nak print borang tuk manual tu. skali trylah add arab tu, eh dapat plak. seronok aku.... takyah susah2 nak gi jumpa coordinator, print n etc... sorrylah geng! tak jadi outing arini..dah dapat add ni, kene gi kelaslah petang ni.
cuti baru ni lebih kurang 3minggu, x dapat jugak aku nak lawat adik2 shams, ayahanda n bonda disana...(walaupun tu memang cuti yg agak pnjang n payah nak dapat lama macam tu) Sampai cikgu call tanya bila nak mai. minta maaflah cikgu, memang nak sangat pergi tapi tak berpeluang. ade je halangan time nak g tu...tapi aku oraitlah.aku tak pergipun sbb tanggungjawab aku sbg seorang anak mesti didahulukan jugak...insyaAllah, nanti aku akan cari peluang lagi untuk pergi jugak shams..rindu banget!!! kepada sahabat2 yg berkelapangan tu, jenguk2lah adik2 ye? mereka memerlukan pemerhatian kita....bila lagi nak tabur bakti kan? 
oklah, nak g breakfast dulu.eh, dah kul 12tengah hari. brekfes apenye hehe...ok, jumpa lagi di episod akan datang.buat CAH sayangku...., SELAMAT MENEMPUH HARI TUA....MOGA BAHAGIA DISAMPING INSAN TERSAYANG 
Posted at 4/23/2007 12:48:36 pm by soal_hati
Permalink
Friday, March 30, 2007
Perjalanan bermula 12.30pagi.

Teringat plak kat sahabat2 bila dah duk umah ni..alhamdulillah selamat sampai ke tempat kelahiranku. perjalanan pagi2 semalam diiringi dengan hujan yang agak lebat pada mulanya. aku tak jadi nak melelapkan mata. menemani pakcik driver. bimbang jugak hujan2 ni. x putus2 doa ku pohon moga perjalanan selamat.maklumlah, maut tidak berbau. jadi baik beringat sebelum apa2 berlaku. adik kat sebelah dah start krooh..krooh..ish janganlah dengkur kuat2.malu eden..
Dekat nak masuk kuantan baru aku terlena.sampai kat RnR chendor,dua2 buat tak hirau.sambung tido lagi baik.ngantuk banget. walaupun aku lapar sebenarnya. aaghh..makan kat umah jelah. bila bas dah jalan semula, mak pun call. apa lagi, "ni warong kak ma ye, saya nak order nasi goreng dengan sup kosong satu ye..nanti saya sampai". mak plak macam biasalah pesanannya setiap kali kami nak turun bus. "ha..ingat tu, tunggu bus jalan dulu baru melintas. jangan bus dok jalan lagi, awok lintas doh!" yelah mak..ain ingatlah...merah tanda berhenti! hehehe.mak start bg pesanan mcm nipun atas silap aku jugak. aritu bus x jalan lagi, aku dah melintas.masa tu aku lalu belakang bus.rupanya ade lori dari arah bertentangan.memang aku tak perasanpun mulanya..mujur aku tak melulu je melintas...alhamdulillah!
430pagi kami sampai.dua2 kelaparan. santaplah nasi goreng yang dah tempah awal2 td. hmm...lega hati dapat balik kampung!dapat tatap wajah mak yang kelesuan. kalau kita pandang wajah parent dengan penuh rasa sayangpun Allah bagi ganjaran kan... rasa lama dah tak balik.. tapi bila dah duk kampung ni,teringat kat sahabat2 sana, kesian jugak. sabar ye.anda semua dalam mood exam lagi. teruskan study, teruskan doa, teruskan, teruskan, teruskan! insyaAllah, Tuhan tak akan sia2kan usaha kita. ok my frens?la tahzan n la jeles 
Posted at 3/30/2007 1:29:01 am by soal_hati
Permalink
Saturday, March 24, 2007
perubahan yang merunsingkan!
Assalamualaikum.

Teragak-agak nak mencoretkan sesuatu kali ni. mesti ade yang kate..aik, time2 exampun sempat lagi posting?hehe.kalau abby fana, die mesti jawab"suke hati lee....".adelah slang die tuh. suke dengar celoteh abby fana kat sinar.fm. nak2 bila otak dah penat. tapi kalau tension sangat, beralih ke ikim.fm plak. normally malam2 baru dengar ikim.sedap sikit nak tidur diiringi kata2 nasihat...mengingatkan mati...tidur tukan ibarat mati yang sementara.
Bimbang memikirkan diri ni. kenapalah payah sangat nak tidur bila keesokannya ade exam. tak kiralah esok tu exam petang ke, pagi ke, malamnya asyik tak dapat tidur. sem ni baru jadi mcm ni. b4 dis ok jer..taklah senang tidur, tapi x amik masa yang lamalah utk lelap dan dibuai mimpi. bese sejam gitu dah krooh...krooh..
Tapi kali ni, 3 4 jam mataku masih terkebil2 lagi. menyaksikan panorama malam menerusi jendela..kalau nampak bulan bestlah jugak. tapi ni kosong jer...alih2 nampak blok depan. ya Allah..kenape aku payah sangat nak tidurni? esok aku exam! dah pukul 5pagi..ya Allah...bangunke aku ni..ya Allah...tolonglah...  
Posted at 3/24/2007 12:12:17 pm by soal_hati
Permalink
Friday, March 16, 2007
 usaha+yakin+tawakal
Alhamdulillah,baru2 ni Allah bagi kesempatan utk hadir satu majlis wada'. ada sesi ceramah motivasilah jygak lebih kurang. penceramah tu cakap cukup simple. i mean, cara penyampaian die. die bg perumpamaan pun yang mudah2 je. tapi tetap terkesan dihati. yg aku ingat skali, bila dah nak exam ni, mcm biasalah kita akan bagi sepenuh perhatian pada exam. segala gerak kerja kita yg kita duk sibuk buat sebelum ni, kita stop dulu. seolah2 perjuangan terpaksa dihentikaN seketika. walhal perjuangan tak pernah ada noktah. penceramah tu kate,
" Bila nak exam ni, macam awak naik keteLlah.. pastu jumpa traffic light.. ade ke awak matikan enjin kete awak?takdekan? mesti awak slowkan je kete tu....rest kejap...pasti bila lampu hijau, jalan balik mcm biasa.."
Maknanya....(cuba anda tafsir sendiri..INSYAAllah..semua dapat memahami erti perjuangan sebenar)
Posted at 3/16/2007 12:41:13 pm by soal_hati
Permalink
setiap dari kita pasti merasainya.
12hb baru ni, ibu kepada sahabatku telah kembali ke rahmatullah. sakit breastcancer. semalam, aku menerima satu meseg. ayah kepada salah seorang lagi sahabatku telah meninggal dunia pagi tadi. innalillah wa inna ilaihi rojiun..
Kuat sungguh dugaan Allah pada sahabat2ku ini. tak tergambar perasaan meraka ketika ini. saat2 ini. final exam tinggal beberapa hari saja lagi. bila aku cuba meletakkan diriku dlm situasi mereka, aku gagal membayangkan perasaanku, kehidupanku. ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada sahabat2ku itu, hanya pada MU kami memohon dan meminta pertolongan. segala perancanganMu, kami yakin akan hikmah disebaliknya. Kau tetapkanlah hati kami dalam keimanan terhadapMU walau apa jua situasi yang bakal kami tempuhi. Ameeen….
Posted at 3/16/2007 12:38:28 pm by soal_hati
Permalink
Wednesday, March 14, 2007
Assalamualaikum.
Akhir-akhirni, diri ini rasa gelisah. tidurpun payah nak lena. dekat 4pagi baru terlelap. apa dah jadi ni? nak kata ada banyak tugas sekarang ni, x jugak. just tinggal beberapa perkara yang akan disambung selepas final exam. tapi apa yang aku fikirkan? kenapa hati ini gelisah, bimbang, dan tak tenteram?
Aku terfikir pesan seorang sahabat..bila kita ada masalah dengan manusia, tu tandanya kita tak akrab dengan Tuhan..benarkah? aku koreksi diri. muhasabah semula. aku bermasalah dengan manusia ke? hm...x delah masalah besar sangatpun cuma kalau dari segi gerak kerja tu, kekadang aku hadapi masalah jugak camane nak setel dengan sesetengah individu. tapi walaupun tak banyak sangat masalah mcm ni. but it still menghantui diri ni. aku memang jenis x leh ade problem ngan sape2. x tenang jadinya.. asyik duk fikir je bila nak selesai semua tu.bila aku kaji balik. aku dapat kesan yg akhir2 ni aku payah nak setelkan gerak kerja yang melibatkan aku dan orang lain..kenapa?kenapa?kenapa?(hati tertanya-tanya)...adakah ini berpunca dari hubungan aku dengan Tuhanku?
Sekadar berkongsi perasaan. aku tahu tal de orang yg dapat selesaikan melainkan diri sendiri yang mesti berubah n....back to the basic!
Posted at 3/14/2007 4:16:42 pm by soal_hati
Permalink
|
|
 |